Muka Berminyak dan Berjerawat………..

Muka saya berminyak, tak boleh pakai produk berminyak…..

Ini antara persepsi umum yang sering didengar…..

Muka berminyak? Oh, tidaaak. Maka bermulalah proses pencarian produk produk untuk menyental, merawat dan membasmikan segala macam bakteria di permukaan kulit.

Semua wanita, inginkan kulit yang mulus, bercahaya, dewy, bebas daripada bintik hitam, jerawat, jeragat, dan ketidaksempurnaan lain.

Malangnya, industri kosmetik dan penjagaan kulit , rata rata meyakinkan anda bahawa minyak di muka itu sebagai masalah dan wajib di tangani.

Masyarakat moden sangat kuat dipengaruhi oleh teori ini  menyebabkan kebanyakan ke dalam “overdrive”  dalam usaha untuk menangani kerosakan yang akan berlaku.

Kesudahannya?

Kulit anda terasa lebih “ketat” tapi masih berminyak, dan jerawat pun mula timbul.  Anda mula panik, dan mula menambah lagi toner, pencuci muka untuk melunturkan minyak di kulit dll.

Kitaran ini seolah-olah tidak berkesudahan.  Ia meletihkan, menyakitkan, Dan merugikan….!

Adakah produk anti-minyak berkesan?

Sebenarnya, produk produk yang melunturkan minyak dari kulit kita, hanya menyebabkan organ terbesar kami, iaitu kulit, dalam keadaan “survival mode“. Ia cuba untuk membaiki diri sendiri dengan menggantikan minyak yang dilucuti.

Ini meninggalkankulit anda dalam satu kitaran efek di mana kulit menjadi lebih ketat dan kering diikuti oleh produksi  minyak yang lebih banyak sebagai cara  hendak mengatasi “system error” yang dikesan itu. Setiap kali kita menanggalkan minyak, kulit kita akan cuba mengkompensasi kekurangan kelembapan dengan mewujudkan lebih banyak minyak.

Pewangi (Fragrance) juga adalah salah satu daripada masalah kulit tertinggi dan yang lebih merisaukan.

Hati- hati, walaupun apa yang dikenali sebagai produk “unscented” , tetapi kebanyakannya masih mengandungi wangian. 

Rawatan Minyak untuk Kulit Berminyak

Balik kepada asas.  Minyak melarut minyak. Kulit kita akan dengan sendirinya melembapkan dirinya dengan minyak, dan badan kita dicipta oleh Allah untuk sentiasa menyesuaikan dirinya mengikut keperluan.

Mekanisma “Self correction” .
Jadi minyak sahaja, tidak akan membawa anda Jerawat,jeragat, bintik hitam, whiteheads … sebaliknya ini semua adalah hasil daripada beberapa faktor termasuk hormon, bakteria, sel-sel kulit mati dll.

Kulit anda secara semulajadi menghasilkan minyak kerana ia memerlukannya. Minyak sebenarnya adalah untuk manfaat kulit anda, membolehkan organ terbesar anda untuk berfungsi dengan betul. Ia wujud secara semula jadi. Ia juga menyembuhkan, melindungi, dan melembapkan kulit anda supaya ia boleh berfungsi dengan baik.

Belajarlah untuk bekerja dengan kulit anda.

Share this Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *